Tuesday, May 6, 2008

DI MANAKAN KU CARI GANTI

50 tahu yang lalu Tan Sri P. Ramlee pernah mendendangkan sebuah lagu yang sangat hebat mesajnya mengikut pandangan saya. Dalam seni kata lagu itu (Di manakan Ku Cari Ganti ). Mungkin pada pandangan kasar kita bahawa Tan Sri hanya mengungkapkan hal cinta terhadap seorang wantia....namun pada saya apa yang dibayangkan oleh Tan Sri ialah kita generasi sekarang akan hilang permata yang kita pegang berkurun lamanya hilang dalam sekelip mata akibat kita alpa budaya sejarah kehidupan nenek moyang kita.

Maka suatu hari nanti kita akan menjadi penumpang daif di bumi jati titik darah Laksamana Hang Tuah. Pada saya di manakan ku cari ganti........maruah, kuasa dan jatidiri. Semuanya sudah dimamah naga yang menunggu detik dan ketika. Sekalinya hilang....mungkin hilang selamanya.

Justeru itu saya mengajak saudaraku setitik dan sedarah jangan lalai dengan alunan lagu keselesaan dan kesenangan sehingga.....kita tak bisa lagi berfikir.........?????

2 comments:

Unknown said...

takkan melayu hilang di dunia??
adakah kita pasti??
apakah kita sedang memperjuangkan ketuanan melayu??? tetapi mengapa kita tidak sedari bahawa negara kita bukan hanya didiami bangsa melayu....tidakkah kita mengecilkan hati saudara2 kita yang bukan melayu yang sama2 mencintai negara ini??? apakah yang patut diperjuangkan sebenarnya?

BlackRose said...

Tahniah..teruskan usaha menyedarkan masyarakat kita yang semakin lalai dibuai kelekaan duniawi. Namun begitu, usahasama diantara kita perlu ada untuk menentukan bangsa kita "tidak hilangkan di dunia"....sama2 kita perjuangkan nasib bangsa kita...slm..