Tuesday, April 22, 2008

kita hanya satu

Biar apa yang melanda, kita seharunya tetap satu. Biar apa yang menghentam kita seharusnya tidak berkecai berai. Puncak kejayaan ialah kesatuan yang utuh dan ampuh. Nilai setiap bangsa hanya akan tegauh dengan berpadu. Nah apa lagi ,lontarkan jauh-jauh pertelagahan ideologi diri, korbankan ego membara rasa. Bangsa mesti ditakatkan ke angkasaraya yang tidak boleh dijamahgugatkan oleh mana-mana anasir. Berpadu jitu, musuh akan kaku.

salam untuk semua bangsaku....

Friday, April 18, 2008

MALAYSIA HANYA SATU

BANGSAKU MALAYSIA. NEGARA KITA YANG BERNAMA MALAYSIA HANYA SATU. APA LAGI YANG DAPAT KITA LAKUKAN UNTUKNYA?? APA LAGI YANG KITA MAMPU UNTUK MENJAGANYA. PUNJAGA PERNAH BERKATA, JANGAN TANYA APAKAH SUMBANGAN NEGARA KEPADA KITA?? TANYAKLAH APAKAH SUMBANGAN KITA KEPADA NEGARA.
SEBAGAI PENJAWAT AWAM, KITA HARUS BERSYUKUR , KERANA KITA DIAMANAHKAN OLEH NEGRA UNTUK BERKHIDMAT UNTUKNYA. ( BERKHIDMAT UNTUK NEGARA). BERJUTA LAGI SAYDARA KITA DI LUAR SANA YANG TIDAK TERPILIH UNTUK MEMIKUL AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB INI. BERSYUKURLAH SAUDARAKU....KITA ANTARA YANG DIPILIH. GALASKANLAH SEGALA KERINGAT KITA UNTUKNYA, DI MANA SAJA KITA BERADA. INGAT SAUDARAKU JIKA KITA LUPA AKAN AMANAH INI BIARLAH KITA BERLALU BERI PELUANG KEPADA MEREKA YANG MAHU....
BERASA BANGGALAH SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA. DI SITULAH NADI DAN JASAD KITA BERSATU MEMBINA KEYAKINAN DAN KESYUKURAN. AMIN

BERKORBAN APA SAJA

Legenda seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pernah mendendangkan Lagu Indah yang diberi Jodol BERKORBAN APA SAJA. Jika seni kata dan lirik lagu ini BAS menjadi renungan semua umat di negara ini, saya penuh yakin berkorban untuk apa tidak akan menjadi persoalan. Melainkan kita buta sejarah negara telah dijajah 446 tahun, Kita merdeka 50 tahun. Apakah kita sudah tidak melihat di sekiling kita kemajuan yang dinikmati. Adakah kemajuan ini diurustadbir penjajah laknat...?? Adakah keamanan yang kita nikmati hari ini diselengarakan oleh bedebah ini. Adakah kedamaian , keharmonian kini mereka ini telah warisi kepada kita atau siapa yang membinakan semuanya ini.??
Setiap manusia yang bernama manusia, tidak akan terlepas daripada kesilapan, kelemahan dan keuzuran dalam mentadbir negara. Jadi jika kita memahami sifat semulajadi kita, maka kita akan bangkit membantu memperteguhkan kedaulatan negara menerusi pemimpin kita. Kita jangan terlalu taksub, sehinggkan meruah bangsa, agama dan negara tercemar dan tercalar. Ingatlah jangan diulang peristiwa 24 APRIL 1511. Saat itulah Empayar Melaka yang Agung itu tersungkur. KITA KENA BERKORBAN APA SAJA UNTUK BANGSA, AGAMA DAN NEGARA.