Tuesday, May 6, 2008

DI MANAKAN KU CARI GANTI

50 tahu yang lalu Tan Sri P. Ramlee pernah mendendangkan sebuah lagu yang sangat hebat mesajnya mengikut pandangan saya. Dalam seni kata lagu itu (Di manakan Ku Cari Ganti ). Mungkin pada pandangan kasar kita bahawa Tan Sri hanya mengungkapkan hal cinta terhadap seorang wantia....namun pada saya apa yang dibayangkan oleh Tan Sri ialah kita generasi sekarang akan hilang permata yang kita pegang berkurun lamanya hilang dalam sekelip mata akibat kita alpa budaya sejarah kehidupan nenek moyang kita.

Maka suatu hari nanti kita akan menjadi penumpang daif di bumi jati titik darah Laksamana Hang Tuah. Pada saya di manakan ku cari ganti........maruah, kuasa dan jatidiri. Semuanya sudah dimamah naga yang menunggu detik dan ketika. Sekalinya hilang....mungkin hilang selamanya.

Justeru itu saya mengajak saudaraku setitik dan sedarah jangan lalai dengan alunan lagu keselesaan dan kesenangan sehingga.....kita tak bisa lagi berfikir.........?????

keistemewaan perlukah?

Sebagai rakyat, kita terpanggil untuk membaca sepintas lalu apa yang dinyatakan oleh salah seorang rakyat Malaysia yang mempertikaikan Keistimewaan orang Melayu ( Kontrak Sosial) dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeri pada 06.05.08.

Menurut beliau KS seharusnya dihapuskan dalam kita telah merdeka 50 tahun. Pada saya pandangan beliau itu disandarkan kepada kekaburan tetang fakta sejarah negara yang sebenarnya. Pada saya jika rakyat negara ini semuanya orangMelayu/ Bumputera sahaja hak keistemewaan itu tak perlu bukan ?

Sebab itulah salasilah sejarah negara perlu diteliti mengapa, kenapa dan bagaiman sesuatu perkara itu boleh termaktub dalam perlembagaan nagara. Perkara KS bukanlah sebuah cerita epik yang boleh ditokohtambah ataupun dipotong terus daripada rantaian ceritanya. INI adalah realiti yang membawa ( PERPADUAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA)?