Friday, April 18, 2008

BERKORBAN APA SAJA

Legenda seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pernah mendendangkan Lagu Indah yang diberi Jodol BERKORBAN APA SAJA. Jika seni kata dan lirik lagu ini BAS menjadi renungan semua umat di negara ini, saya penuh yakin berkorban untuk apa tidak akan menjadi persoalan. Melainkan kita buta sejarah negara telah dijajah 446 tahun, Kita merdeka 50 tahun. Apakah kita sudah tidak melihat di sekiling kita kemajuan yang dinikmati. Adakah kemajuan ini diurustadbir penjajah laknat...?? Adakah keamanan yang kita nikmati hari ini diselengarakan oleh bedebah ini. Adakah kedamaian , keharmonian kini mereka ini telah warisi kepada kita atau siapa yang membinakan semuanya ini.??
Setiap manusia yang bernama manusia, tidak akan terlepas daripada kesilapan, kelemahan dan keuzuran dalam mentadbir negara. Jadi jika kita memahami sifat semulajadi kita, maka kita akan bangkit membantu memperteguhkan kedaulatan negara menerusi pemimpin kita. Kita jangan terlalu taksub, sehinggkan meruah bangsa, agama dan negara tercemar dan tercalar. Ingatlah jangan diulang peristiwa 24 APRIL 1511. Saat itulah Empayar Melaka yang Agung itu tersungkur. KITA KENA BERKORBAN APA SAJA UNTUK BANGSA, AGAMA DAN NEGARA.

1 comment:

BlackRose said...

Dear,....antirepublik

"berkorban apa saja"...memang satu ungkapan lapuk masa sekarang..namun tidakkah kita sedar akan pengorbanan nenek moyang kita masa zaman sebelum kemerdekaan. Sehingga masyarakat dahulu sanggup bergadai harta untuk memastikan Tunku pergi untuk menuntut kemerdekaan di London. Tidakkah tuan/puan lupa semua itu. Tapi mungkin semua itu tidak penting bagi masyarakat kita yang semakin moden kerana siapa yang kuat akan dapt semuanya..begitu sebaliknya. Maksudnya masyarakat sekarang memang tidak sanggup berkorban untuk negara walaupun untuk menjalankan amanah yang diberikan sebagai penjawat awam. Setiap kita perlu berkorban sama ada berkorban harta, masa bekerja dan sebagainya. Jangan sempitkan istilah berkorban apa sahaja kepada satu konsep sahaja...sebagai contoh,..seorang ibu sanggup bertarung nyawa untuk melahirkan kita, membesarkan dan mendidik supaya menjadi anak bangsa yang berjasa kepada mereka dan juga negara. Tidakkah itu...satu pergorbanan....Kita tidak dapt ubah sesuatu dengan secara drastik tetapi sekurang2 kita dapat memberi suntikan semangat untuk memartabatkan negara dengan lebih terbela...